Bapakku.FM adalah sebuah Radio Internet yang memulakan operasinya pada awal tahun 2010. Ia diasaskan oleh Saudara Ismahalil Hamzah bersama beberapa rakan teknikal, bermula dari dalam sebuah bilik kecil sehinggalah mempunyai beberapa konti sekarang ini. Beroperasi dan ke udara 24 jam sehari di Jalan Kent 7 off Jalan Maktab, Kuala Kumpur
Misi & Visi
Untuk menjadi ikon utama dalam industri RADIO INTERNET serta menggilap bakat-bakat baru penyampai radio di Malaysia disamping mengeluarkan produk bermutu dan berkualiti. Kami juga akan berusaha untuk melebarkan siaran menjadi sebuah radio berfrekuensi bermula dengan rendah hingga ke seluruh pelusuk Malaysia.
Tanggungjawab Bapakku FM
Kami di Bapakku.FM ingin melahirkan legasi baru bagi menyambung tugas kami suatu hari nanti. Radio Internet merupakan medium yang terkini dan terbaik kerana capaian yang mudah ke seluruh dunia. Semoga usaha dan dan perjuangan kami ini diredhai oleh Allah SWT.